Friday, 27 January 2012

Tempat lepak setiap malam !

Assalamualaikum warga kota dan desa . . . . . .

Hihihi. Nah, tajuk entry kali ni, tempat lepak setiap malam ! Yeah ! nak lebih tepat lagi, Conference di Yahoo Messenger aka CF! Wah3. Dekat CF ni la tempat kedua kami lepas di group 1991 dekat friendster. CF ni start masa zaman 17 tahun dulu. Tolak tambah 4 tahun dah umur room Gaby_Ella ni. keh3 :P Banyak sebenarnya memori-memori yang di-create-kan melalui cf ni. Bergelak ketwa, terbahak2 tak usah cakap lah. Hanya tuan empunya diri masing-masing je dapat mendifinisikan macam mana dorang bergelak ketawa tu. Well, aku gelak sopan je. Nak tahu macam mana? Ala yang tergedik2 tu la gelak sopan aku ;)) CF ni kerja aku la nak invite mereka-mereka untuk join. Aku tak tahu lah sejak bila dan bagaimana aku dapat authority untuk jadi tokey cf ni. Tup tup je dah jadi. Magis bukan ?! hehe.

Kalau dulu-dulu, 'kedai kopi' aku ni meriah sangat! serioussss! Sangat meriah. aku akan text mereka-mereka pd siang hari tu. Sorang-sorang aku text, aku ask and remind them untuk on YM selalunya pada pukul 10 mlm. Operasi CF akan bermula pd pukul 10.30 malam. Suruh on pukul 10 sebab nk kumpul suruh semua online dulu. Then barulah aku bukak table. Nahhhhh bila agak2 semua dah on tu, maka bermula satu lagi episod gelak tawa untuk menambah memori bersama geng-geng 1991! Banyak benda yang kitorang chat. Kalau nak di gambarkan, pot pet pot pet macam bunyi das tembakan bunyi YM tu pop pop pop ! semua sibuk nak type. haha. Meriah nya la. Kalau dah kumpul semua orang, habis, aku gerenti, kecoh 1 tempat tu ! * hiperbola gitu * hahaha!

Kalau dulu, CF mula beroperasi dari pukul 10.30 malam hingga orang terakhir yang akan tutup Cf tu. And aku tak tahu berapa jam yang paling lama CF boleh bertahan. Pernah sampai 5 pagi kot. Tengok, begitu lekanya chit chat ha. HAHA. Siap ada DJ lagi tu. Trio DJ Afiq + Daus + Sheikh. Macam-macam la duk dengar dorang mainkan lagu. Duk pot pet pot pet pun ada. Haha! Sorang-sorang kata nak out, tapi akhirnya sampai sudah tak out-out. Ada je bendanya. Memang lawak sungguh la korang! Errr, cakap orang, aku pun sama jugak. Dah masuk tu, susah je nak keluar. Ada magnet apa ntah yg tarik tak kasi keluar. Hua3 Al maklum la, budak-budak yang baru merasa tak pergi sekolah, yang baru merasa tak de keje nak buat. Ha macam tu lah jadinya. Malam berjaga habis-habisan. Esok pagi, kuat lagi tu. 8 pagi dah ada orang post dekat FS tu. Hebat lah semua. hihi.

Ahahahah, kalau aku, dah sampai lewat malam tak tidur lagi, memang kena sound jugak lah kan. Tidur lambat, asyik duk ngadap laptop je. Tapi nk buat macam mana. Dah jadi rutin kot. Hari-hari ber-CF ! Masa tu, uish, malam-malam sentiasa terisi. Tapi dalam kemeriahan ber-CF tu, ada satu ah spoil betul. CF ni ngade-ngade sikit. Tak boleh orang usik sikit dah nak merajuk. Tak faham aku apa type? Okay, CF ni kena buka sekali je chat room tu. Kalau buka kali ke-2, ke-3, alamatnye, bye3 lah CF untuk malam tu. Huk3. DIA BUTA ! YES DIA BUTA! kesiannnnnn :(( Lagi 1 CF ni tunjuk macam mana dia ngade-ngade, bila orang tu masuk tak kena timing dia. Hah, BUTA lah jawabnye. See, ngade-ngade kan CF ni. Pastu jenuh la semua duk invite-menginvite. Tapi duk buta jugak. Kesiannn. Tak dapat den nak nolong aihhh.

Lagi 1, kalau CF time malam raya. Meriah jugak ! *jap, semua CF meriah sebenarnya. Tak pernah tak meriah pun. Tu pun kalau semua berlumba-lumba nak menaip. hihi. Waktu tu, ada yang sampai ke pagi duk ber-CF lagi. Kalau ada yang tak tahan, out dah lah. Kalau yang jenis mata burung hantu tu, sampai dengar takbir pun masih ber-CF lagi. *okay itu tipu! =.= Kasi ayat suspens sikit. Sikit je tapi. Jangan marah eh. hihi :P

Tapi itu semua kenangan dulu-dulu. Masa zaman 17 dan 18 tahun. Now, situasi dah berbeza. Semua dah ada komitmen masing-masing. Sejak semua masuk tempat belajar masing-masing, semua busy. Nak berkumpul untuk bukan 1 CF pun susah. Kalau ada pun setakat 2, 3, 4 orang je. Hah, berthana takat berapa jam la sangat kalau tak sampai separuh yang join kan. Sadis3 :((
Aku text orang tu, sorry tak boleh join. Orang tu, sorry jugak. Lepas tu sorry jugak, sorry jugak. Waaaaa sadis sadis. Kuciwa rasa hati. Mungkin CF tak kasi dah kot duk gelak macam tak ingat dunia tu. Ye;ah, umur pun dah makin bertambah. Bukan makin mengurang. Ye dak ? hahaha xD

Aku rindu sangat nak CF macam dulu-dulu. Aku tak tahu la korang macam mana. Tapi aku nak sangat :( Nak kumpul semua macam susah. Sebab semua tempat belajar bukan dekat 1 tempat yang sama. Cuti pun tak sama. So aku tak tahu lah kita boleh kumpul macam dulu balik ke tak. Well, dekat CF ni lah tempat kita berkumpul. Dah nak gathering sama-sama macam mustahil jugak. Nak kumpul jumlah yang sama macam dalma CF tu ? susah nak di-realisasikan kot. Huk3.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiii . . . Malam ni, yakni 28.01.2012, aku happy jugak ah. Meriah jugak lah kedai kopi aku ni. Yang join pun ramai. Ada jugak lah benda nk menggamit memori. Yelah, CF yg pertama di tahun 2012 kot :D Terima Kasih banyak2 yang dah join CF td. Yang tak dapat join tu, sorry atas kesilapan teknikal yang tak betul sebab macam aku cakap tadi, CF ni ngade-ngade banyak! huh! AKu harap, lain kali, korang boleh join lagi. Sekali sekala, gelak, seronok jugak. Dah lama tak gelak sebab korang punya perangai yg gila-gila tu. haha. Sungguh aku terhibur :D Nak tahu apa yang kitorang duk merapu, tengok ceika letak gambar dekat entry bawah tu :D

OH ye, sebelum aku lupa, ni, aku nak kasi air pada sape-sape yang dah order tadi. Maaflah. Air lambat sampai. Sebab aku sorang je kendalikan kedai kopi aku tu. Aku usahakna sendiri. Takde pembantu pun :D So, segala kesulitan, keterlewatan dapat air, aku minta maaf okay! KAH KAH KAH ! * ohhh, tak sopan sungguh aku gelak ! :)))))


Ni Nescafe Mild :D


dan ini Milo tabur special request dari Zoul untuk bakal isterinya. Opsssssssss. jeng jeng jeng. HAHA *jangan marah ye 'bakal isteri' abang Zoul. Gurau-gurau je :P



Ni aku kasi free biskut marie sorang satu :D




Okay lah. Apa aku merapu kat atas tu entah. Layan je la eh :P Dugaan betul aku nak siapkan entry ni. Asyik nak tengok CF je tadi. Tergendala kejap entry ni. ahaha xD

Selamat malam semua ! Good Night and Assalamualaikum :)

Tulus dari hati, Nurul Mardhiah :)

No comments: