Saturday 28 January 2012

Hero Group 1991


"Syukur walaupun senyap senyap, perkahwinan kami berlangsung dengan lancar walaupun yang hadir cuma ahli keluarga terdekat sahaja awal pagi tadi. Kami berharap kalian semua dapat mendoakan kesejahteraan rumahtangga kami yang baru terbina ini. Kepada makwe makwe yang pernah mencintai abang, abang minta maaf. Terimalah keputusan abang ini dengan hati yang terbuka. Abang akhiri tulisan ini dengan sedikit kata kata untuk kalian semua renungkan - redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"

yang benar
Zoul & Lisa

siapakah orangnya?

semua dah umur 21……
besar panjang…kalau dulu-dulu umur macam ni dah ade anak cucu..
masih menunggu… kad jemputan kahwin siapa dahulu akan muncul di dalam peti surat..
bunga-bunga dah ramai berputik dalam group..
siapa yang hantar kad jemputan dahulu, dia pemenang
dan dialah
akan bergelar
HERO/HEROIN GROUP 1991
images

Friday 27 January 2012

Tempat lepak setiap malam !

Assalamualaikum warga kota dan desa . . . . . .

Hihihi. Nah, tajuk entry kali ni, tempat lepak setiap malam ! Yeah ! nak lebih tepat lagi, Conference di Yahoo Messenger aka CF! Wah3. Dekat CF ni la tempat kedua kami lepas di group 1991 dekat friendster. CF ni start masa zaman 17 tahun dulu. Tolak tambah 4 tahun dah umur room Gaby_Ella ni. keh3 :P Banyak sebenarnya memori-memori yang di-create-kan melalui cf ni. Bergelak ketwa, terbahak2 tak usah cakap lah. Hanya tuan empunya diri masing-masing je dapat mendifinisikan macam mana dorang bergelak ketawa tu. Well, aku gelak sopan je. Nak tahu macam mana? Ala yang tergedik2 tu la gelak sopan aku ;)) CF ni kerja aku la nak invite mereka-mereka untuk join. Aku tak tahu lah sejak bila dan bagaimana aku dapat authority untuk jadi tokey cf ni. Tup tup je dah jadi. Magis bukan ?! hehe.

Kalau dulu-dulu, 'kedai kopi' aku ni meriah sangat! serioussss! Sangat meriah. aku akan text mereka-mereka pd siang hari tu. Sorang-sorang aku text, aku ask and remind them untuk on YM selalunya pada pukul 10 mlm. Operasi CF akan bermula pd pukul 10.30 malam. Suruh on pukul 10 sebab nk kumpul suruh semua online dulu. Then barulah aku bukak table. Nahhhhh bila agak2 semua dah on tu, maka bermula satu lagi episod gelak tawa untuk menambah memori bersama geng-geng 1991! Banyak benda yang kitorang chat. Kalau nak di gambarkan, pot pet pot pet macam bunyi das tembakan bunyi YM tu pop pop pop ! semua sibuk nak type. haha. Meriah nya la. Kalau dah kumpul semua orang, habis, aku gerenti, kecoh 1 tempat tu ! * hiperbola gitu * hahaha!

Kalau dulu, CF mula beroperasi dari pukul 10.30 malam hingga orang terakhir yang akan tutup Cf tu. And aku tak tahu berapa jam yang paling lama CF boleh bertahan. Pernah sampai 5 pagi kot. Tengok, begitu lekanya chit chat ha. HAHA. Siap ada DJ lagi tu. Trio DJ Afiq + Daus + Sheikh. Macam-macam la duk dengar dorang mainkan lagu. Duk pot pet pot pet pun ada. Haha! Sorang-sorang kata nak out, tapi akhirnya sampai sudah tak out-out. Ada je bendanya. Memang lawak sungguh la korang! Errr, cakap orang, aku pun sama jugak. Dah masuk tu, susah je nak keluar. Ada magnet apa ntah yg tarik tak kasi keluar. Hua3 Al maklum la, budak-budak yang baru merasa tak pergi sekolah, yang baru merasa tak de keje nak buat. Ha macam tu lah jadinya. Malam berjaga habis-habisan. Esok pagi, kuat lagi tu. 8 pagi dah ada orang post dekat FS tu. Hebat lah semua. hihi.

Ahahahah, kalau aku, dah sampai lewat malam tak tidur lagi, memang kena sound jugak lah kan. Tidur lambat, asyik duk ngadap laptop je. Tapi nk buat macam mana. Dah jadi rutin kot. Hari-hari ber-CF ! Masa tu, uish, malam-malam sentiasa terisi. Tapi dalam kemeriahan ber-CF tu, ada satu ah spoil betul. CF ni ngade-ngade sikit. Tak boleh orang usik sikit dah nak merajuk. Tak faham aku apa type? Okay, CF ni kena buka sekali je chat room tu. Kalau buka kali ke-2, ke-3, alamatnye, bye3 lah CF untuk malam tu. Huk3. DIA BUTA ! YES DIA BUTA! kesiannnnnn :(( Lagi 1 CF ni tunjuk macam mana dia ngade-ngade, bila orang tu masuk tak kena timing dia. Hah, BUTA lah jawabnye. See, ngade-ngade kan CF ni. Pastu jenuh la semua duk invite-menginvite. Tapi duk buta jugak. Kesiannn. Tak dapat den nak nolong aihhh.

Lagi 1, kalau CF time malam raya. Meriah jugak ! *jap, semua CF meriah sebenarnya. Tak pernah tak meriah pun. Tu pun kalau semua berlumba-lumba nak menaip. hihi. Waktu tu, ada yang sampai ke pagi duk ber-CF lagi. Kalau ada yang tak tahan, out dah lah. Kalau yang jenis mata burung hantu tu, sampai dengar takbir pun masih ber-CF lagi. *okay itu tipu! =.= Kasi ayat suspens sikit. Sikit je tapi. Jangan marah eh. hihi :P

Tapi itu semua kenangan dulu-dulu. Masa zaman 17 dan 18 tahun. Now, situasi dah berbeza. Semua dah ada komitmen masing-masing. Sejak semua masuk tempat belajar masing-masing, semua busy. Nak berkumpul untuk bukan 1 CF pun susah. Kalau ada pun setakat 2, 3, 4 orang je. Hah, berthana takat berapa jam la sangat kalau tak sampai separuh yang join kan. Sadis3 :((
Aku text orang tu, sorry tak boleh join. Orang tu, sorry jugak. Lepas tu sorry jugak, sorry jugak. Waaaaa sadis sadis. Kuciwa rasa hati. Mungkin CF tak kasi dah kot duk gelak macam tak ingat dunia tu. Ye;ah, umur pun dah makin bertambah. Bukan makin mengurang. Ye dak ? hahaha xD

Aku rindu sangat nak CF macam dulu-dulu. Aku tak tahu la korang macam mana. Tapi aku nak sangat :( Nak kumpul semua macam susah. Sebab semua tempat belajar bukan dekat 1 tempat yang sama. Cuti pun tak sama. So aku tak tahu lah kita boleh kumpul macam dulu balik ke tak. Well, dekat CF ni lah tempat kita berkumpul. Dah nak gathering sama-sama macam mustahil jugak. Nak kumpul jumlah yang sama macam dalma CF tu ? susah nak di-realisasikan kot. Huk3.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiii . . . Malam ni, yakni 28.01.2012, aku happy jugak ah. Meriah jugak lah kedai kopi aku ni. Yang join pun ramai. Ada jugak lah benda nk menggamit memori. Yelah, CF yg pertama di tahun 2012 kot :D Terima Kasih banyak2 yang dah join CF td. Yang tak dapat join tu, sorry atas kesilapan teknikal yang tak betul sebab macam aku cakap tadi, CF ni ngade-ngade banyak! huh! AKu harap, lain kali, korang boleh join lagi. Sekali sekala, gelak, seronok jugak. Dah lama tak gelak sebab korang punya perangai yg gila-gila tu. haha. Sungguh aku terhibur :D Nak tahu apa yang kitorang duk merapu, tengok ceika letak gambar dekat entry bawah tu :D

OH ye, sebelum aku lupa, ni, aku nak kasi air pada sape-sape yang dah order tadi. Maaflah. Air lambat sampai. Sebab aku sorang je kendalikan kedai kopi aku tu. Aku usahakna sendiri. Takde pembantu pun :D So, segala kesulitan, keterlewatan dapat air, aku minta maaf okay! KAH KAH KAH ! * ohhh, tak sopan sungguh aku gelak ! :)))))


Ni Nescafe Mild :D


dan ini Milo tabur special request dari Zoul untuk bakal isterinya. Opsssssssss. jeng jeng jeng. HAHA *jangan marah ye 'bakal isteri' abang Zoul. Gurau-gurau je :P



Ni aku kasi free biskut marie sorang satu :D




Okay lah. Apa aku merapu kat atas tu entah. Layan je la eh :P Dugaan betul aku nak siapkan entry ni. Asyik nak tengok CF je tadi. Tergendala kejap entry ni. ahaha xD

Selamat malam semua ! Good Night and Assalamualaikum :)

Tulus dari hati, Nurul Mardhiah :)

cf

heee...
malam nie kitorg cf
menggamit memori
mula-mula penubuhan dahulu kala
dulu
waktu lepas spm
kitorg selalu cf
sampai ke pagi
bahagia kan...
^_^
dah lama x cf
sumpah riuh gila malam nie..
laju tread dia..
=D

yes!
admin 7 on air..
=D

Thursday 26 January 2012

flashback :)

Assalamualaikum :)

Entry kesinambungan dari entry ini. Sejarah dah cerita. Bila baca entry tu terus teringat zaman kat Friendster dulu. Oh time tu kalau tak makan pun rilek ja, tak rasa lapar. Main post boleh kenyang dah time tu. Tidur tak cukup pun tak rasa apa. Kalau tak masuk even 1 hari dalam group InsyaAllah anda bakal lost dengan teruk. Lagi tambah sadis bila dok tanya 'korang sembang pasal apa ni?' pastu ada orang reply 'p la baca balik post atas-atas'. Kalau ada yang murah hati nak cerita kira nasib baik la kalau tak scroll la kau baca satu-satu sampai habis. Jenuh scroll baca balik sebab nak ambik tau punya pasal =.=

Serius rindu nak buat benda-benda ni balik. Benda yang selalu buat time umur 18 tahun dulu.
  • Semua orang sibuk lawak total post sapa paling banyak walaupun dah tau takkan dapat hadiah pun kalau total post banyak [Fakta:hadiah tak penting macam kepuasan tengok total post beribu-ribu]
  • Kena marah sebab suka main quote panjang-panjang. [Idham selalu ugut nak toggle spoiler gambar orang suka main quote =.=]
  • Conference sampai pukul 4-5 pagi. [Asyik ulang 'Aku nak out dah. Salam' tapi last-last sampai ke subuh tak jugak out-out]
  • Kena cop gila dengan ayah/mak/abang/kakak/adik/sedara etc etc sebab tesengih-sengih tegelak-gelak sorang-sorang depan laptop.

Bila ramai-ramai akan keluar macam-macam perangai. Aku list mana yang aku ingat. Maklumlah cerita time umur 18 tahun, ingat-ingat lupa ja aku :)
  • Iman selalu cf sambil makan kerepek. Pastu dia buat-buat tanya 'Nak makan kerepek dengan aku tak?'.
  • Efa selalu cakap 'Aku nak tido dah. Aku tak suka online-online ni'. Padahal sampai ke sudah dia tak out jugak.
  • Amyny yang selalu cakap 'Saya paling kachak' dan sampai sekarang aku panggil dia Cik Kachak. Oh dulu dia selalu cf sambil tengok katun kat youtube.
  • Ken dengan ayat 'Sapa keluaq dari cf ni aku taboh dia'. Dia cikgu bahasa utara tegar kami.
  • Daus ngan Koma takkan stop cerita pasal tenis and ngaku Federer ngan Nadal tu abang dorang.
  • Naa yang jadi cikgu ajar kecek klate tak berbayar aku. Aku tau dia tegelak-gelak tengok aku taip sebab aku tengok pun aku rasa horror gila ayat klate aku :|
  • Ceika yang orang selalu confuse pasal nama dia. Nama dia comel secomel tuan. Nak tau p tanya sendiri. Oh kalau nak mengorat sila bagi monyet sekor kat dia.
  • Yohana yang suka ubah nama orang jadi pelik-pelik and akan jual apa saja yang dia mampu dengan harga 2 seringgit. Dia suka promot diri dia tinggi padahal tak pun.
  • Pakcik dulu femes dengan ayat 'Yana, share topup singgit'. Aku ingat sampai sekarang. Haha.
  • Feeq yang suka panggil aku gegeh. Dia lagi gegeh sebenarnya tapi saja tamau mengaku.
  • Nanie yang selalu cari aku bila dia nampak something yang pelik. Kami selalu ada pesamaan kalau bab benda-benda yang fishy ni. Apa yang dia pikir selalu sama macam aku pikir. Paling latest, beberapa jam tadi. Keh3
  • Sarah yang sanggup bukak cf baru bila ada something yang dia nak begosip dengan aku dengan Nanie. Sekarang dah mampu skype 5 jam non stop siap dengan muka putih melepak lagi. Ahaha
  • Ari dulu selalu nak menang dengan aku. Aku cakap Ronaldo tu boyfriend aku dia nak jugak lagi advance dari aku terus mengaku yang Macheda tu suami dia.
  • Ku Izzati yang muncul sekali-sekala dalam cf sebab dia cf sambil main post dalam group. Dan hasilnya sebelum Group 1991 dalam FS musnah dia bejaya jadi top poster. 10k post. Orang lain tak mampu nak ligan dah.
  • Yana kalau cf awal-awal lagi akan cup tulisan kaler pink. Sapa yang masuk lepas tu paham-paham la kau jangan nak menggedik ambik kaler pink tu lagi.
  • Aus yang suka main bom-bom dengan Ku. Sebab tu la kot sampai sekarang dua-dua ni tak berapa nak aman. Ada ja benda yang nak buat begaduh.
  • Akma yang akan join aku supper even aku kat kedah and dia kat pahang. Sampai sekarang kalau aku hilang sat dalam cf mesti dia akan taip 'Dila, tengah makan ke?' =.=
  • Nina yang tak penah jemu main game kira sampai sejuta. Game tu betaun-taun main pun tak sampai sejuta jugak sebab semua orang dah cup siap-siap nak nombor cantik.
  • Ain dulu aku ingat dia femes dengan nama Rain. Singkatan dari Norain. First post Ain dia akan buat ala-ala iklan Clear tu 'Nama saya Rain'.
  • Nasrun yang suka main icon pecahkan screen. Banyak kali jugak aku lemah semangat sebab benda alah tu. Dia ni kalau lagi larang lagi dia buat.
  • Zoul yang obses dengan word 'abang'. Panggil dia abang and automatik dia akan menyahut siap dengan pakej tanya khabar lagi. Dari dulu sampai sekarang macam tu.
  • Nob yang cukup pantang bila ada orang panggil dia Hana walaupun Hana tu memang singkatan dari nama dia, Farhana. Dia cakap geli. Sama macam Naa yang tak bagi orang panggil dia Lina even Lina tu memang part dari nama dia, Amalina.
  • Sarip yang femes dengan lolipop besar dia. Kalau sebut lolipop mesti nama Sarip akan keluar sekali.
  • Anhar yang selalu kena kacau dengan aku and end up dia akan cakap 'mangkuk ah ko ni'. Pastu pandai-pandai la cari jalan mintak maap balik.
  • Afiq kalau cf tak penah tak sebut pasai kodok dia. Pastu terus aku buat kesimpulan budak-budak group ni suka menatang pelik-pelik.
  • Zahrin yang obses dengan word hensem. Kalau tanya 'Rain, ko tengah buat apa?' dia akan jawab 'Aku hensem'.
  • Mady si pembela cicak hijau. Even aku geli tengok menatang tu tapi dia tetap cakap menatang tu comel. Speechless.
  • Syadia yang kalau mula taip bahasa utara memang dah tak boleh bawak besabaq dah. Habis keluaq semua word piaw-piaw punya dia bagi.
  • Lieza dengan kisah anaknya Syafieza. Nak tau sapa bapak budak tu sila tanya Lieza. Sekarang Syafieza tu wujud lagi. Aunty-aunty penyayang yang jaga :P
  • Meiyr si penyambut tetamu. Kalau ada orang baru masuk dalam group dia akan ucap selamat datang dengan tulisan besar gedabak siap pakej bewarna-warni lagi. Salah sorang yang suka cup nombor cantik kalau main game kira sampai sejuta. 'Aku nak nombor 7777. Nanti dah nak sampai nombor tu bagitau aku'.
  • Anep yang kena gosip dengan Efa tapi gosip tak menjadi. Buat penat aku jadi ejen. Sekarang dia suka cerita kat aku pasal nasik kerabu. Asal cerita pasal nasik kerabu dia akan tag nama aku pastu dia akan cakap 'Eh tertag Dila pulak'.
  • Din yang aku panggil Mr Kelip-kelip. Dia kuat tacing ! Tapi sekarang dia dah macho. Kot.
  • Wawan yang suka bepantun. Dia akan paksa orang beli pantun dia walaupun pantun dia macam tak kena sebab pembayang cerita pasal Hang Tuah tiba-tiba part maksud cerita pasal Brad Pitt.
  • Han si pereka tee group. Sampai dah buruk dah tee aku sekarang. Okay, dia memang sabar sebab time nak bayar duit tee tu memang beratus kali dia ulang cara nak bank in duit.
  • Tieka yang tak jemu cerita pasal kucing and dolphin dia. Dia sangat obses dengan kucing.
  • Wani yang aku selalu panggil chipsmore. Sekejap ada sekejap takda. Macam Ecah jugak. Tiba-tiba muncul pastu hilang balik. Alasan dorang 'Kalau aku duduk dalam ni satu habuk kerja pun tak jadi'.
  • Hafiz dulu sinonim dengan profile pic pakai baju sekolah. Dia tukar profile pic tapi uniform sekolah tu trademark, tetap akan ada.
  • Sheikh yang buat semua orang teharu. Sehari sebelum semua sambung belajar balik dia siapkan satu video. Begabung tenaga dengan Afiq buat sampai tak tidur. Siap elok-elok tengah malam. Lepas tengok rasa macam T_____T [Klik sini untuk tengok]
  • Idham tauke ori group. Dia pengasas kerja-kerja toggle gambar konon kalau kenal muka lagi kenal rapat.
  • Dan aku tak penah miss buat milo panas sambil cf dengan mereka.
Okay. Tu antara perangai and sifat anda-anda semua dulu. Tak payah buat tatahu okay. Kalau ada yang tak termasuk tu aku mintak maap la eh, telupa mungkin. Maklumlah FS pun dah jadi gudang game sekarang. Nak korek balik cari pun dah tak boleh. Iskkkk.



Sapa cakap kawan yang kenal dekat alam maya ni tak boleh percaya? Group 1991 saya bukan macam tu :)

Jom Isi Masa !

Salam. Apa khabar semua ahli group? Moga iman semua sihat seperti mana badan kalian yang di depan laptop sekarang. Opps, asal ayat aku skema nak mati? Haha.

Btw, aku nak share something yang best. Mana - mana yang tengah cuti tu, meh la jenguk website nie sekali - sekala. Dua kali dua kala pun takpe. Hehe. Mana yang tak cuti tu, sila rajinkan diri gak untuk melawat :P

Sekurang - kurangnya cuti kita terisi dengan benda yang berfaedah ^^ *peace*

Meh la lawat sini,
LANGIT ILAHI


siapa kami?

–by admin pkck

 

 

group 1991?apo kebondo ni?

kami bermula dari zaman kegemilangan friendster…. kanak-kanak yang masih hidup pada zaman 90-an rasa-rasanya mengetahui apa itu friendster atau nama manjanya disebut fs…

images

agak ramai la jugak member-member dalam group tu… riban-riban jugak… tapi biasa la…member ramai tapi yang aktif beberapa kerap je…dan golongan yang xde kerja akan menjadi golongan yang sangat hyperaktif dalam group terbabit…hehe

 

kami terlampau aktif setelah cuti 3 bulan semasa tamatnya zaman persekolahan kami….iaitu selepas tamatnya SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008… setiap malam mesti tergelak tergolek-golek didepan komputer…penyakit ini berlarutan sehinggalah sekarang.. dan permainan paling popular seingat aku adalah perkataan 3 kata sampai riban-riban komen…dan juga pilihanraya ketua group…dan juga memperkenalkan diri…dan juga…dan juga……….

 

AKAN TETAPI HENDAKNYA

 

zaman kejatuhan group 1991 fs mula ketara semasa semua ahlinya tercampak ke tempat-tempat study yang baru.. ade yang ke pra-u,ke matrikulasi, ke diploma dan banyak lagi…. sejak itu komitmen masing-masing dah mula berkurangan….. dan juga sejak kewujudan FACEBOOK… aka fesbuk @ fb…. maka group 1991 fs makin sunyi…sunyi… dan sunyi sehinggakan last post direkodkan setahun yang lepas.

faesbuk

tetapi, kewujudan fesbuk telah mewujudkan satu secret group 1991 yang mengumpulkan serpihan-serpihan pengikutnya yang bangkit untuk menyambung ideologi yang kami perjuangkan satu ketika dahulu….. seorang demi seorang keluarga baru yang tolol, happening, giler dan sewaktu dengannya dijemput kedalam keluarga kecil kami… biarpun xramai, tapi masing-masing dapat merasai ikatan kemesraan yang kuat……

walaupun masing-masing dh mencecah 21 tahun, tapi keadaanya sama macam keadaan semasa kami hinggusan 4 tahun dahulu.. still happening, still tacing2, still gile2, still gaduh2 manja, dan sebagainya……

 

kepada yang akan, dah, berminat, ingin tahu tentang group kami

welcome to our club

162058_161508433898363_522400_n

Wednesday 25 January 2012

A gift from ALLAH, Alhamdulillah.. (Gath)

 madi n naa= madina ;)
 nas n mady


ceika & tikah..
 ceika n cik tikah
 ara n dila
 afiq, nani , n mady
 hanif, naa, lady, yana, err..awek mane tu? (azuha)
+ aizudin
 ku, ceika, anif
lieza n nani

 lieza, nani, slifer (again, SLIFER) 
lieza n nani

dila (cik admin g91 kite) & Iman


afiq, Ku, Ceika

Ku & Dya


ku, ken, afiq, ceika

ceika n ken

ku n ceika

ceika (misto cekadaks)

ku n afiq

ceika n ku

afiq n ceika
semoga ukuwah kita kekal hingga Jannah... :-))

Akta Negara Panda 91

"Barangsiapa yang telah engkar dengan membuat post terlebih dahulu maka ketahuilah dia telah pun melanggar peraturan dalam Akta Negara Panda 91 - Panda paling comel harus diberi peluang untuk post dahulu. Dan sesungguhnya orang orang yang telah melanggar undang undang panda tidak akan tenang selama 3 purnama" 

 yang benar,
Pandazoul 

^^,

Bismillah..

Dengan ini beta merasmikan penubuhan belog group91!! :D

*zing! [bunyi potong reben]

*kecik! cekecik! [bunyi kamera] :P

keh3

aku admin 7..gtau sek siap...
keh3...
yay!
no 1 post...
jgn jeles korg...
xP