Assalamualaikum :)
Entry kesinambungan dari entry ini. Sejarah dah cerita. Bila baca entry tu terus teringat zaman kat Friendster dulu. Oh time tu kalau tak makan pun rilek ja, tak rasa lapar. Main post boleh kenyang dah time tu. Tidur tak cukup pun tak rasa apa. Kalau tak masuk even 1 hari dalam group InsyaAllah anda bakal lost dengan teruk. Lagi tambah sadis bila dok tanya 'korang sembang pasal apa ni?' pastu ada orang reply 'p la baca balik post atas-atas'. Kalau ada yang murah hati nak cerita kira nasib baik la kalau tak scroll la kau baca satu-satu sampai habis. Jenuh scroll baca balik sebab nak ambik tau punya pasal =.=
Serius rindu nak buat benda-benda ni balik. Benda yang selalu buat time umur 18 tahun dulu.
- Semua orang sibuk lawak total post sapa paling banyak walaupun dah tau takkan dapat hadiah pun kalau total post banyak [Fakta:hadiah tak penting macam kepuasan tengok total post beribu-ribu]
- Kena marah sebab suka main quote panjang-panjang. [Idham selalu ugut nak toggle spoiler gambar orang suka main quote =.=]
- Conference sampai pukul 4-5 pagi. [Asyik ulang 'Aku nak out dah. Salam' tapi last-last sampai ke subuh tak jugak out-out]
- Kena cop gila dengan ayah/mak/abang/kakak/adik/sedara etc etc sebab tesengih-sengih tegelak-gelak sorang-sorang depan laptop.
Bila ramai-ramai akan keluar macam-macam perangai. Aku list mana yang aku ingat. Maklumlah cerita time umur 18 tahun, ingat-ingat lupa ja aku :)
- Iman selalu cf sambil makan kerepek. Pastu dia buat-buat tanya 'Nak makan kerepek dengan aku tak?'.
- Efa selalu cakap 'Aku nak tido dah. Aku tak suka online-online ni'. Padahal sampai ke sudah dia tak out jugak.
- Amyny yang selalu cakap 'Saya paling kachak' dan sampai sekarang aku panggil dia Cik Kachak. Oh dulu dia selalu cf sambil tengok katun kat youtube.
- Ken dengan ayat 'Sapa keluaq dari cf ni aku taboh dia'. Dia cikgu bahasa utara tegar kami.
- Daus ngan Koma takkan stop cerita pasal tenis and ngaku Federer ngan Nadal tu abang dorang.
- Naa yang jadi cikgu ajar kecek klate tak berbayar aku. Aku tau dia tegelak-gelak tengok aku taip sebab aku tengok pun aku rasa horror gila ayat klate aku :|
- Ceika yang orang selalu confuse pasal nama dia. Nama dia comel secomel tuan. Nak tau p tanya sendiri. Oh kalau nak mengorat sila bagi monyet sekor kat dia.
- Yohana yang suka ubah nama orang jadi pelik-pelik and akan jual apa saja yang dia mampu dengan harga 2 seringgit. Dia suka promot diri dia tinggi padahal tak pun.
- Pakcik dulu femes dengan ayat 'Yana, share topup singgit'. Aku ingat sampai sekarang. Haha.
- Feeq yang suka panggil aku gegeh. Dia lagi gegeh sebenarnya tapi saja tamau mengaku.
- Nanie yang selalu cari aku bila dia nampak something yang pelik. Kami selalu ada pesamaan kalau bab benda-benda yang fishy ni. Apa yang dia pikir selalu sama macam aku pikir. Paling latest, beberapa jam tadi. Keh3
- Sarah yang sanggup bukak cf baru bila ada something yang dia nak begosip dengan aku dengan Nanie. Sekarang dah mampu skype 5 jam non stop siap dengan muka putih melepak lagi. Ahaha
- Ari dulu selalu nak menang dengan aku. Aku cakap Ronaldo tu boyfriend aku dia nak jugak lagi advance dari aku terus mengaku yang Macheda tu suami dia.
- Ku Izzati yang muncul sekali-sekala dalam cf sebab dia cf sambil main post dalam group. Dan hasilnya sebelum Group 1991 dalam FS musnah dia bejaya jadi top poster. 10k post. Orang lain tak mampu nak ligan dah.
- Yana kalau cf awal-awal lagi akan cup tulisan kaler pink. Sapa yang masuk lepas tu paham-paham la kau jangan nak menggedik ambik kaler pink tu lagi.
- Aus yang suka main bom-bom dengan Ku. Sebab tu la kot sampai sekarang dua-dua ni tak berapa nak aman. Ada ja benda yang nak buat begaduh.
- Akma yang akan join aku supper even aku kat kedah and dia kat pahang. Sampai sekarang kalau aku hilang sat dalam cf mesti dia akan taip 'Dila, tengah makan ke?' =.=
- Nina yang tak penah jemu main game kira sampai sejuta. Game tu betaun-taun main pun tak sampai sejuta jugak sebab semua orang dah cup siap-siap nak nombor cantik.
- Ain dulu aku ingat dia femes dengan nama Rain. Singkatan dari Norain. First post Ain dia akan buat ala-ala iklan Clear tu 'Nama saya Rain'.
- Nasrun yang suka main icon pecahkan screen. Banyak kali jugak aku lemah semangat sebab benda alah tu. Dia ni kalau lagi larang lagi dia buat.
- Zoul yang obses dengan word 'abang'. Panggil dia abang and automatik dia akan menyahut siap dengan pakej tanya khabar lagi. Dari dulu sampai sekarang macam tu.
- Nob yang cukup pantang bila ada orang panggil dia Hana walaupun Hana tu memang singkatan dari nama dia, Farhana. Dia cakap geli. Sama macam Naa yang tak bagi orang panggil dia Lina even Lina tu memang part dari nama dia, Amalina.
- Sarip yang femes dengan lolipop besar dia. Kalau sebut lolipop mesti nama Sarip akan keluar sekali.
- Anhar yang selalu kena kacau dengan aku and end up dia akan cakap 'mangkuk ah ko ni'. Pastu pandai-pandai la cari jalan mintak maap balik.
- Afiq kalau cf tak penah tak sebut pasai kodok dia. Pastu terus aku buat kesimpulan budak-budak group ni suka menatang pelik-pelik.
- Zahrin yang obses dengan word hensem. Kalau tanya 'Rain, ko tengah buat apa?' dia akan jawab 'Aku hensem'.
- Mady si pembela cicak hijau. Even aku geli tengok menatang tu tapi dia tetap cakap menatang tu comel. Speechless.
- Syadia yang kalau mula taip bahasa utara memang dah tak boleh bawak besabaq dah. Habis keluaq semua word piaw-piaw punya dia bagi.
- Lieza dengan kisah anaknya Syafieza. Nak tau sapa bapak budak tu sila tanya Lieza. Sekarang Syafieza tu wujud lagi. Aunty-aunty penyayang yang jaga :P
- Meiyr si penyambut tetamu. Kalau ada orang baru masuk dalam group dia akan ucap selamat datang dengan tulisan besar gedabak siap pakej bewarna-warni lagi. Salah sorang yang suka cup nombor cantik kalau main game kira sampai sejuta. 'Aku nak nombor 7777. Nanti dah nak sampai nombor tu bagitau aku'.
- Anep yang kena gosip dengan Efa tapi gosip tak menjadi. Buat penat aku jadi ejen. Sekarang dia suka cerita kat aku pasal nasik kerabu. Asal cerita pasal nasik kerabu dia akan tag nama aku pastu dia akan cakap 'Eh tertag Dila pulak'.
- Din yang aku panggil Mr Kelip-kelip. Dia kuat tacing ! Tapi sekarang dia dah macho. Kot.
- Wawan yang suka bepantun. Dia akan paksa orang beli pantun dia walaupun pantun dia macam tak kena sebab pembayang cerita pasal Hang Tuah tiba-tiba part maksud cerita pasal Brad Pitt.
- Han si pereka tee group. Sampai dah buruk dah tee aku sekarang. Okay, dia memang sabar sebab time nak bayar duit tee tu memang beratus kali dia ulang cara nak bank in duit.
- Tieka yang tak jemu cerita pasal kucing and dolphin dia. Dia sangat obses dengan kucing.
- Wani yang aku selalu panggil chipsmore. Sekejap ada sekejap takda. Macam Ecah jugak. Tiba-tiba muncul pastu hilang balik. Alasan dorang 'Kalau aku duduk dalam ni satu habuk kerja pun tak jadi'.
- Hafiz dulu sinonim dengan profile pic pakai baju sekolah. Dia tukar profile pic tapi uniform sekolah tu trademark, tetap akan ada.
- Sheikh yang buat semua orang teharu. Sehari sebelum semua sambung belajar balik dia siapkan satu video. Begabung tenaga dengan Afiq buat sampai tak tidur. Siap elok-elok tengah malam. Lepas tengok rasa macam T_____T [Klik sini untuk tengok]
- Idham tauke ori group. Dia pengasas kerja-kerja toggle gambar konon kalau kenal muka lagi kenal rapat.
- Dan aku tak penah miss buat milo panas sambil cf dengan mereka.
Okay. Tu antara perangai and sifat anda-anda semua dulu. Tak payah buat tatahu okay. Kalau ada yang tak termasuk tu aku mintak maap la eh, telupa mungkin. Maklumlah FS pun dah jadi gudang game sekarang. Nak korek balik cari pun dah tak boleh. Iskkkk.
11 comments:
tacink la weh~~
terbayang kemeriahannya.. ^^,
tersengih sambil tharu..... mcm mane nak gbr perasaan tu....seharu kot...hahahaha
begini ke perangai abang dulu dulu? ish malunya.
waaah! rindu.tp, tula.kang 1 keja habuk pon tarak. haha..
wowowoooo ! setiap org ada perangai masing2. haha. toucing2. sobsobsob ^^
ahza : dalam fb sekarang pun macam dulu jugak. nanti ko akan rasa perasaan tu :)
pakcik : seharu? okay, aku duaharu lah kalau macam tu. kih3
zoul : sekarang perangai abang lebih dari dulu =.=
wani : best apa keja tak siap. ahaha
mady : cita pasal cf pulak ! :D
ok,im newbie
oh dila, terharu nya ak. *nampak sangat kita tiga(ak, hg n nani) kaki gosip ok! haha.
rindunya zaman kegemilangan kita dulu ^^
newbie gok. tsk tsk. (mesti tak kenal aku ni )
awesome! <3
hai..sayer newbaby
Post a Comment