Friday, 11 May 2012

Perkongsian Rasa

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

Rahsia yang tersimpan lama di lubuk hati akhirnya terkeluar jua. Lepas satu beban perasaan yang ada dalam diri. Maaf jika diri telah membuat semuanya 'sakit jantung' semalam. Sila blame Nur 'Adila yang mencetuskan kontroversi dan Aqma sebagai penghangat cerita di fiksi, aku tak bersalah sama sekali. Hihihi.

Aku tengok blog nie dah lama tak terupdate, jadi ringan jea rasa tangan nie mengupdate cerita yang boleh menimbulkan kontroversi semalam. #bajetartis

2 bulan yang lalu.

Sedang bersiap untuk ke kampus, tetiba telefon genggam berbunyi. Suara mama kedengaran di hujung talian. Bertanya khabar seperti biasa. Namun pertanyaan tentang bila tamatnya kuliah yang kedengaran aneh mengundang pertanyaan.

Tanpa berkias, aku pun bertanya tujuan mama menelefon. Bukan kebiasaan mama telefon di awal pagi. Pasti ada cerita di lubuk hati yang ingin disampaikan pada empuan diri yang jauh berada di luar negeri. Haha. #macamnakbuatpantunhurufI

Selesai pertanyaan ku, mama terus menyatakan hasrat sang Adam. Terkedu seketika namun akhirnya gelak ketawa menjadi hiasan. Mula - mula ingat mama bergurau, ternyata ianya suatu kebenaran. 

Tanpa berfikir panjang, aku mengelak untuk menjawab atas alasan ingin bergegas ke kampus. Mama memberi masa untuk aku melakukan solat istikarah.

Hari demi hari berlalu, tiba - tiba fikiran ku jadi bercelaru memikirkan hasrat si Adam. Dalam aku memikirkan, aku mulai rasa lapar dan meminta sesuatu dari temanku untuk mengunyah. Temanku memberi sebiji gula - gula. Allah! Isi kata di balik gula - gulanya membuat ak terkesima. Dan nyata inilah keputusan ku 10%.


Kemana perginya 90%? 30% aku letak kan di tangan mama dan baba untuk memilih. Lebihnya 60% aku letak kan di tangan abang - abang dan adik - adik lekaki, sepupu - sepapat yang mengenali, mak cik pak cik dan teman yang mengenali. Korang sedia maklum kan, rumah nenek dia sebelah rumah nenek aku so memang ramai yang mengenali sang Adam kecuali aku. Aneh! Tapi itulah kebenaran.

Bila semua memberi komen yang membina untuk aku harus menerima, terbayang - bayang di minda hadis Rasulullah S.A.W yang lebih kurang berbunyi:

" Menikahlah kamu dengan wanita kerana 4 perkara iaitu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya engkau akan selamat "

Memang hadis tersebut dipandukan untuk lelaki tetapi kita para perempuan turut dianjurkan untuk menjadikan ia sebagai panduan mencari sang Imam.

Akhirnya aku berbincang pada sang Mama, yang mengenali aku dan dia. Ku tanyakan pendapat mama. Nyata mama dan baba setuju 200% katanya. Akhirnya aku membuat keputusan dengan menghantar sms kepada mama,

" Kalau dah mama dan baba setuju, dan dia mampu untuk menjadi imam dan menjaga Ara agar tetap berada di jalan-Nya, tiadalah asbab untuk Ara menolak. Keputusan Ara terletak di tangan mama dan baba untuk membuat keputusan akhir "

Maka di sini cerita ku bermula, dan terus ku kongsikan bersama Nur 'Adila ^______^

Jadi inilah serba sedikit cerita detik - detik permulaan. Pertengahan tunggu da dekat nak walimah. Dan pengakhiran tunggu selepas walimah. Tapi nyata pasti tiada akhir cerita selagi maut belum menjemput. Namun cukuplah perkongsian rasa untuk di ambil pengajarannya. Bukan hanya di ambil keseronokannya. Bukan itu tujuan untuk aku menulis berkongsi rasa ^____^

Sudahkah aku bertemu jodoh? Jawapannya Ya dan Tidak. Ya kerana aku telah di lamar dan Tidak kerna aku belum sah menjadi isteri. Boleh jadi sebelum jodoh melafazkan akad, maut datang mendahului menjemput pulang. Bukan cincin yang datang ke jari, namun roh yang pergi kembali.

Maka ingin aku mengajak semua untuk mencari cinta sang DIA terlebih dahulu sebelum menggapai cinta sang dia. Siapa tak gembira ingin melangkah ke alam baru, tapi usahlah kegembiraan itu menjadi kesedihan kita di akhirat kelak. Tingkatkan amal ibadah, itu yang utama. Moga diri ini sentiasa istiqomah dalam mencari cinta sang DIA sebelum menerima cinta sang dia.

Maaf, maaf dan maaf jika tulisan ini mengundang rasa tidak senang hati. Ianya di tulis dengan tulus hati untuk berkongsi dan di ambil pengajarannya. Bukan untuk keseronokkan semata - mata. Maaf, maaf dan maaf jika tulisan ini mengguris hati, diri ini hanya hamba Allah yang tidak sempurna namun inginkan kesempurnaan. 

Maka dengan itu aku mengajak semua untuk sentiasa muhasabah diri kembali. Jodoh itu pasti dan ianya rahsia Ilahi. Jujur aku ingin dan pernah mencari cinta namun nyatanya jodoh ku hanya di depan mata yang tidak kusangka. Setelah ku duduk bermuhasabah diri, adalah lebih baik kita serahkan urusan ini pada sang Pencipta. Tugas kita mulai sekarang, persiapkan diri menjadi hamba-Nya yang abdi. Pasti, DIA akan memberi sesuatu yang takkan pernah kita lupakan yang terbaik untuk kita.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS Surah Al-Baqarah: 216 )

Aku doakan urusan korang semua lancar dalam hal jodoh. Aku tunggu berita dan kad dari korang semua terutama cik Lady kita yang dikhabarkan akan melangsungkan walimah sama bulan dengan aku cuma tarikh masih di rahsiakan. Sila umumkan tarikh korang semua  awal - awal supaya aku boleh tempah tiket dengan harga yang murah meriah. Hehe. 

Akhir kata, wassalam.

p/s: Azuha, adakah aku yang mendapat gelaran yang ko dah nyatakan dalam post sebelum nie? Haha. *wink*